PERJUMPAAN RASMI AKTIVITI KOKURIKULUM

TARIKH: 13 OGOS 2016

HARI: SABTU

MASA: 7.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN PIBG SEMERBAK

SASARAN : SEMUA AHLI UNIT UNIFORM, KELAB PERSATUAN (KEHADIRAN ADALAH WAJIB)

AKTIVITI : PROGRAM UKHWAH (MEMBAKAR LEMANG).

SENAMROBIK & PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

Tarikh: 15 Ogos 2016 Hari: Isnin

Masa : 7.20 pagi

Tempat: Dataran Semerbak

Sasaran: Murid Ting. 3 & 4

Pakaian: Baju Sukan, Seluar Sukan (Track) & Kasut Sukan

PELAJAR TINGKATAN 5 AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SEPERTI JADUAL YANG DIBERIKAN (PAKAIAN MURID TINGKATAN 5 : BAJU UNIFORM SEKOLAH)

 

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 15 OGOS 2016

HARI : ISNIN

MASA: 1.10 PETANG

TEMPAT: DEWAN PIBG SEMERBAK

SASARAN: MURID TINGKATAN 1 & 2

PAKAIAN: BAJU UNIFORM SEKOLAHMERDEKA 2016

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

Logo-Merdeka-Hari-Kebangsaan-2016

RASIONAL LOGO

Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

MAKSUD LOGO

BENTUK HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.

 

BULAN adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA Malaysia mengambarkan keakraban semua negeri dibawah payung negara.

GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.

RASIONAL TEMA

#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.

 

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 bertemakan #SehatiSejiwa mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tonggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #SehatiSejiwa adalah titian hubungan – yang jauh didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya…