SELAMAT HARI JURURAWAT


Hari Jururawat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Jururawat Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Nurses Day) ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhowermengisytiharkan “Hari Jururawat” (Bahasa Inggeris: Nurses Day).[1] Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.

Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat.

Pada tahun 1999, kesatuan pekerja awam British UNISON mengundi agar MJA mengubah tarikh sambutan ke hari lain, kerana menurut mereka Nightingale tidak mewakili kejururawatan moden.[2]

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: